Follow Dashboard
Tokens?
">
TITLE; 3 Months Left
Saturday, August 8, 2015 | 8:45 AM | 0 comments

Assalamualaikum and hello everyone. Blog ni ai rasa dah lama gila tinggai sampai nak bukak pun bergelut dengan password. I'm a little bit busy this year with 2 semester and now i'm in my last semester and that's mean yang ai akan habiskan F6 ni dalam masa lebih kurang 3 bulan lagi. Shooo shaddddd *lap air mata* Sedih kannn ? Yeah, like old people always said, life is too short to create memories. 

Erm ekceli, i'm done with my economics assignment already ! Yeay for me ! . Kejayaan besar gila kalau dapat siapkan kerja kursus tu haaaa. Hahahaha. Dah la tukaq tajuk last minit and hang rasa tak ka sakit hati nak kalut buat balik daripada mula ? *nahai keluaq dah loghat Kedah* Tapi alhamdulillah la nohh berjaya jugak ai siapkan sampai akhir uolsss. Lepasni boleh la nak fokus untuk upcoming test selasa ni. Sesungguhnya saya masih belum study, *mohon jangan ikut macam saya* sebab ai suka study last minit and bajet boleh hafal one whole book dalam masa one second ! *sumpah bohong* Kahkahkah. Tapi tudia la. Nasihat saya, jangan la study last minit ni. Hat otak yang sel-selnya berkembang tu boleh la dapat satu dua input. Hat blank, blur tu jenuh. So amalkan study secara konsisten *note to self*

Hmmm planning ai lepas habis sekolah ni ramai jugak hat duk tanya especially adik beradik yang ada kat kampung tu. Planningnya ialah cari kerja sambilan la sementara nak tunggu result dan juga sambil-sambil tu boleh la kumpul duit poket nanti tak kalut dah duduk U terdesak nak pakai duit. InshaALLAH, saya doakan agar kesemua pelajar di Malaysia ni tak kira la yang ambik UPSR ka, PMR ka, SPM ka, STPM ka dan lain lain lagi tu selamat maju jaya la. Menuntut ilmu tu biarlah sampai ke negeri China bak kata pepatah orang Melayu dulu-dulu. Ok tu saja kot malam ni dan harini. Ada masa lagi nanti saya update lah. Assalamualaikum semua dan selamat malam.

p/s : Doakan saya semoga dapat result cemerlang dalam MUET yang akan keluar bulan hadapan.

TITLE; 2 weeks without rest.
Thursday, February 12, 2015 | 6:22 AM | 0 comments
Assalamualaikum people. Harini khamis malam jumaat and i feel like yeayyy ! besok cuti mehh . *otak hang jangan nak kotoq sangat naaa* Haha dua hari cuti and i feel like k macam tak cuti pun sebab pi mai pi mai pun tetap ada extra class every saturday . Arghhhh ! I'm TOTALLY STRESS ! sumpah aku cakap aku rasa macam nak nangis guling-guling sebab dah dua minggu aku stayed up late night sebab nak siapkan proposal sejarah la, pengenalan KK la and bla bla bla. T_T

Two weeks without enough sleep and enough rest memang akan membuatkan otak aku jammed tahap siput kaler pink tuuu. Serius seksa nak belajar . Mata kira anak pejam ja . Dan cikgu usha ja kot kot ada student yang ambik kesempatan untuk tidur. Dah ah aku duk second row di tengah and agak kehadapan. Memang akan kantoi ahh kalau lelap. Memang sah sah cikgu nampak so my mission untuk take short nap about 5 minutes memang failed . 

Last few weeks dah busy dengan drama and setiap hari stayback. Rabu ada PISPA and aku rasa macam nak korek habis segala timetable aku dekat sekolah. And aku rasa sem dua ni memang torture aku tahap gaban , Sesungguhnya aku rasa macam aku dah tak berdaya nak menjejakkan kaki aku ni ke sekolah . Rasa macam nak rest . Penah gak aku cakap kat Laila *member aku* kata kan best kalau sekarang ni dah jadi isteri orang , Tak hadolah menyeksa ulang alik pegi sekolah everyday . Balik tengah panas and kena stayback untuk kelas tambahan. And pada saat tu malangnya aku baru sedar yang itu hanya khayalan rekaan aku semata mata. Fuh betul la cakap ibu " study ni memang banyak dugaan . bergantung pada kita sama ada kita nak berjuang atau mengalah ". *deep sampai ke saluran jantung* 

Bak kata cikgu kelas aku " dalam nak kecap kejayaan ni , memang kita akan rasa study tu payah sampai termuntah muntah tapi bila dah nampak hasil , yang kelat tu akan jadi manis ". Terima kasih cikgu atas nasihat tu , Sekarang saya dah tau rasa belajaq sampai termuntah muntah semua tu . And alhamdulillah aku dikurniakan classmates yang semuanya supportive. *berkobar kobar semangat aku*. Thanks gais. Melalui pengalaman aku setakat ni  , sem dua memang agak mencabar untuk aku . Sumpah cakap aku menyesai sebab sem satu dulu duk main banyak sangat sampai tak sedaq diri. Tobat tak buat dah . Janji .

Apapun moral of the entry kali ni , kita kena sentiasa cekal dalam menghadapi segala ujian dan cabaran . Anggap semua tu celah gigi ja, Yang paling penting tawakkal kita kepada Allah , Moga dipermudahkan segala urusan , Kpenat . Nak tidur . Babai *waving*




P/S : Result STPM semester 1 keluar 16 feb ni . Doakan kejayaan saya . Amin :)

TITLE; Form 6 ? Hmmmm.
Saturday, January 31, 2015 | 4:53 AM | 0 comments
Assalamualaikum, selamat malam gais. Nampak tak tajuk entry atas tu. FORM 6 atau erti kata bahasa melayunya TINGKATAN 6. Hmm harini guwa rasa macam nak share pasal tingkatan 6 haaa. Macam mana guwa boleh sesat ke form 6 ni? K citer guwa memang panjang gilos. *kau rasa kau sanggup baca kau baca sampai habis* K lepas dapat result SPM guwa ritu, guwa tengok result guwa memang cecukup makan je. Malas ahh guwa nak share kisah sedih result spm guwa. Kang sampai besok tak habis. Haha. Lepas tu guwa dah ajet ajet planning nak melangkah alam U laaaa. Guwa dapat interview UPSI course TESL tapi malangnya guwa tak dapat. Kau hengat senang ke? Compete dengan people satu Malaysia. Serius guwa rasa macam diri guwa macam protozoa kalau nak banding dengan calon seluruh Malaysia. Memang hampa akan rasa macam nak balik tanam jagung je dekat kampung. Mana tahu boleh jadi petani berjaya ke kan? Who knows.

Guwa memang nyerah bab tu. Bukan luck orang kata. Next time i pinang you balik k course tesl. Haha. K so planning guwa sudah hancur nak masuk U. Tapi guwa dapat tawaran masuk politeknik premier Ungku Omar dekat Ipoh. Course Perbankan dan Kewangan kalau tak silap. Memang guwa rasa macam "dehel ambik addmaths pastu dapat accounting. Kejadahnya account aku tak penah belajar'. Dah mintak opinion Puan Ibu dengan Abah so, i decide tak pergi. Bukan apa. Kalau hang tak boleh bawak course yang bukan bidang hang so wat apa hang gatai try. Cari mampos. Buang duit, buang tenaga, buat neutron otak kau putus je memikiorkan perkara yang jelasnya kau taktau. Better takyah pegi.

Kebetulan guwa dapat tawaran form 6. Masa tu guwa pasrah habis ahh. Pikir masak masak. Sampai hangit guwa pikir. So at last dengan doa mak bapak guwa, guwa pilih masuk form 6. Hati masa tu memang 50-50. Ye ahh. Nak menangis tahu bila tengok kengkawan dapat matriks, U. Dan hang masuk form 6. Masa tu mula la syaiton syaiton yang merasuk minda. Mula niat guwa nak melencong. Rasa masatu macam guwa nak seronok seronok jer masuk form 6. Tapi ramai jugak ahh ex schoolmate guwa yang daftar form 6 so guwa rasa guwa takkan alone punyaaaa. Awal guwa daftar sekolah dato bijaya setia jer. About 2 weeks ahh guwa sekolah situ. Guwa rasa guwa takleh nak move on sebab sistem pelajaran dia guwa takleh terima dohh. Balik pukul 4 dan guwa rasa macam guwa taknak pegi sekolah. Balik rumah mengadu dekat Puan Ibu cakap taknak pergi sekolah. Guwa tak suka form 6.

-------------------------------------------------------------------

"Dah fikir masak masak ke kakak taknak terus form 6. Rugi setahun setengah tahu kalau tak pulun. Peluang sekali je datang. Lepastu dah takdak peluang lagi dah. Dekat form 6 ni la kita nak cover balik spm lepastu masuk U. "

"Tah ah ibu, kakak rasa taksyok sekolah situ. Depressed balik lambat. Tak cukup rehat. Tak boleh nak fokus. "

"So ibu bincang dengan abah tukarkan kakak sekolah lain. Nak? Mungkin sistem belajar lain ke. Bila boleh tukar? Ibu pergi tukarkan sekolah kakak. Dengan syarat kakak study betul2 dan jangan sesekali ada niat nak quit form 6. Kena cuba usaha. Jangan mengalah sebelum cuba."

"Okeyyy kakak cuba".

Lepastu guwa mintak surat tukar sekolah. Ibu guwa uruskan semua. Kesian ibu ulang alik sekolah dato dengan ibrahim sebab nak uruskan semua. Pengorbanan seorang ibu so guwa tekad nak belajar sungguh2. Guwa taknak tengok usaha ibu sia sia. At last alhamdulillah guwa boleh tukar sekolah.

First day guwa sekolah di Smk ibrahim guwa boleh cakap yang guwa bangga. Sekolah yang memang guwa impi nak masuk dari form 1. At last guwa dapat. Sekolah ranking terbaik di Malaysia ahh. Sumpah guwa bangga. Suasana berbeza. Budaya ibrahim memang berbeza. Classmate guwa semua ramah. Dan kami macam satu family. Syukur Allah dapat pertemu dengan depa semua. Jujur guwa cakap study form 6 seronok. Guwa dah dapat hidayah ahh kononnya lepas masuk smki. Guwa rasa semangat guwa makin tinggi. And guwa memang dah set goals guwa di smki ni. Ko hengat senang nak dapat poplet stpm?. Separuh mati hang kena berjuang tahu? Nampak je 4 subjek macam senang. Tapi kalau tak pulun, better balik kampung jadi petani ke penternak ke. Ada jugak life. So kalau ada angan2 masuk form 6, hampa pulun betul2.

So gais. Bagi yang 50-50 tu. Meh sini guwa nak cerita pasal form 6 nie.

❤Form 6 ada sistem semester. 3 semester semua utk setahun setengah.
❤CGPA hang 2.00 pun ko lepas masuk U. Ikut luck ahh.
❤Setaraf diploma/asasi. Lepas gred ko sambung degree. Jimat masa. Boleh kawin awal.
❤Dh boleh pakai casual pergi kelas. Nama pun pra -u. Ko ingat form6 lekeh ke? Suda upgrade k.
❤Study 4 subject pastu campur MUET, ko takyah susah susah nak pikir ambik muet masa degree. Save masa, boleh fokus.
❤Ko akan rasa macam ko muda sebab pakai baju sekolah. Nama pun study dekat sekolah. *sesetengah praU ada yg still pakai baju sekolah*
❤Ko paling senior dekat sekolah. Junior lalu depa respect ko.
❤Nak tahu lagi? Ko google la sendiri. Larat guwa nak cerita benda ni je. Seminggu pun tak habis. Pendek kata , better ko experience sendiri. Tak rugi. Yuran murah. *guwa promote ni*

Kesimpulannya. Better hampa check out apa yang best tentang form 6 ni dulu sebelum judge. Kalau hampa tak dapat U , form 6 ni yg nak selamatkan masa depan hampa bila dah takdak pilihan. Bagi yang rasa form 6 lekeh, mohon campak pikiran kolot ko . Sekarang ni dah zaman nak menuju wawasan 2020. Ko duduk dalam hutan ke takleh pikir yg form 6 dah setaraf dip/asasi. So gais. Itu je yang guwa nak share. Adios !

P/s : Lepas setahun setengah, sambung degree . Kahwin awal. Haha . *menyampah jugak guwa baca entry guwa. Sorry kalu ada bajet keyyel. Kahkahkah. *


TITLE; Sampah sarap.
Friday, January 30, 2015 | 2:24 AM | 0 comments
Assalamualaikum semuanyaaaa. *lambai lambai* Rasanya dah berkurun dah guwa tak mempotpet dalam blog hat tah apa apa nie. Bukan apa, guwa rasa macam guwa malas gila semenjak umur guwa makin meningkat ni. 19 bukan angka yang tua buat guwa sebab guwa budak sekolah lagi. Bebudak form 6. *k guwa bajet muda lagi padahal tahun depan dah masuk 20.* mohon muntah berjemaah. Ok back to the story, guwa dah cuci segala cerita cerita past guwa yang guwa dah mencarut dalam blog nie. Haha. Sampai data phone guwa habis mb semata mata nak cuci. Caih beli 150mb utk 3 ringgit sehari memang cekik darah. Thankyou digi. Time nak cuci tu memang guwa nak gelak guling2 sebab bila guwa baca balik past repost guwa dalam blog ni memang guwa rasa macam 'dehel apa yang guwa mencarut ni haaaa' dan guwa tak tahu la hampa baca blog guwa hampa muntah berapa gundi. K memang guwa rasa nak terjun kerusi bila guwa kenangkan post post guwa tu. K tak lawak. Kalau kau rasa lawak kau gelak.

Nak jadi cerita habis renovation nie guwa rasa guwa nak post benda benda yang faedah sikit. Sebab guwa rasa sesuai dengan umur guwa kalau guwa post benda yang matang dengan guwa. Haha. Nampak kematangan guwa?  Haha. So now hati rasa lega gilos bila tengok blog guwa dah tak semak macam hutan belantara. Fuhhh lega mata pembaca lega lagi hati si tuan empunya blog. K gais. Guwa penat gilos mengemas blog ni . Letih macam baru lepas lumba lari satu malaysia. *kemerapuan nyata* nanti guwa sambung balik berblogging k gais. Adios! 

P/s: Guwa rasa kalau guwa suruh kawan guwa tolong kemas blog guwa, dia give up sebab menyampah dengan entry yang ada. Nasib baik pandai kemas sendiri *bangga*